Adam.
Sunday, 13 September 2015 @ 16:53



Assalamualaikum :')))) Lama tak post. Lagi lama takde rasa pun nak bukak akaun blogspot. Maaflah, life aku tak sehebat life korang. Kalau bukan sebab aku sayang kau, ye kau yang nak baca kehidupan aku, aku tak rasa aku akan update blog tanpa kau. Terharu ada juga yang nak tahu kisah aku. Sayang kau, sahabat.

Adam? Tak. Bukan. Adam bukan sesiapa. Jauh lagi jadi manusia yang aku minat kat sini. Nama tu nama seorang laki yang best pada aku. Saja nak jadikan title since tak tahu nak letak apa. Maaflah kalau hampa, haha. Okay, tahu tak.

Dah hampir separuh bulan september tahun ni. Baru dua kali aku post. Masuk ni tiga. Bukan takde masa, ada je, sekarang lepas exam tiga ni lagilah, mereput je kerja. Aku tak bolehlah nak tulis kat sini. Banyak sangat benda jadi. Aku perlukan korang. Aku nak jumpa korang. Aku nak cerita face-to-face dengan korang. Tu je. Jomlah jumpa. Hang out. Tengok scorch trial ke inside out ke? Apa apa lah. Yang paling penting, jumpa dan bercerita. Tak bolehlah. Banyak sangat perkara yang aku nak cerita, Tak aci ah kalau aku je yang cerita sorang sorang ceng gila kat sini macam ni. Taknak kisah aku ramai tah siapa siapa tahu. Private and confidential untuk korang. Hah! Kisah korang, aku nak tahu jugak. Rindu gila au kat korang. Tak kisah kalau korang tak rasa benda sama, yang penting aku rindu kat korang. Sangat sangat.

Semoga ukhuwah kita ukhuwahfillah kerana ukhuwahfillah akan dilindungi dan dipelihara Ilahi. Semoga ukhuwahfillah kita berpanjangan dan berterusan. Terima kasih, sahabat. Ayuh! ;)

Beb, 18hb September ni aku balik. Tak sabar.


0 Comments:

Post a Comment