PPCS Nov-Dis 2014
Sunday, 28 December 2014 @ 12:10



Assalamualaikum. Akhirnya, dapat juga aku cari masa untuk post satu entry hari ni. Susah untuk aku menulis sebab aku dah lupa stail penulisan aku macam mana. Terpaksa buka entries yang dah lama lama tu. Uish, haha. Tapi takpe la, dah berjanji dengan member^^ nak cerita sikit pasal PPCS ni. Apa tu PPCS? Program Perkhemahan Cuti Sekolah sesi November - Disember 2014. Ya, aku sertai program tu. Best 70% ! Serious tak tipu.

Haha mesti korang wonder ak kenapa tujuhpuluh peratus je yang best, kann? Sebab masa first week aku tak hargai masa kat sana. Dah masuk second, last week baru aku set mind aku yang masa masa kat sana memang betul betul best, syok, fun. Lepastu boleh pula wujud rasa taknak balik rumah haha bengong ak aku? Satu peluang yang teramat sangat cerah untuk aku lupakan benda benda lagha yang aku minat dah enam tahun. Syukur alhamdulillah, kurang dah walaupun sedikit.

Terima kasih kat member sebab bagi aku satu buku berkulit pink sempena ulang tahun aku yang kelimabelas haritu. Aku bawa buku tu ke sana, jadi jurnal harian. Tak formal sangat, cuma rasa nak menulis aktiviti aktiviti aku kat sana, biar aku boleh cherish pengalaman tu sampai mati.

Kat sana, aku jadi peserta berkursus Bioteknologi. One shout for BT!, shhhhhhhhhhh. Biotech!, lololololololol. Haha itulah dia kami punya cheers versi pendek. Versi panjangnya, boleh pilih nak boboiboy ataupun makhluk tuhan paling seksi. Heol gila. Kursus aku ada 14 orang students, termasuk aku. Seorang RA, dari Terengganu, seorang Sabahan instructor dan seorang TA, teaching instructor dari Puchong. Nak gambar? Haha aku pilih gambar kitaorang yang paling viral, k? Satu dengan tenaga pengajar, dan lagi satu dengan 'mak' kitaorang yang muda. Haha, ramai kat sana yang muda muda belaka. Sampai aku confuse nak panggil cikgu atau kak/abang. Heoll



Tolong jangan simpan gambarss ni, biarkan ia menjadi perhiasan di sini. Anda anda semua tidak terlibat. Haha xoxo, muahh

Haaaah. Berat. Srs berat. Ni baru post gambar. Rindu still tak dapat berkurangan, makin bertambah gamaknya. Rindu ni mungkin aku akan simpan sampai mati. Rindu saat saat 'indah' kat sana. Haha omg. And, nama dirahsiakan yaa?

Okay, lagi, kau nak aku cerita pasal apa? Btw, yang satu sekolah dengan aku tahun depan tu, first week sekolah aku nak terus share dengan korang games aku kat sana. Best gila semua.. hmm mungkin tak kot. Mungkin 'best gila' yang aku rasa tu sebab aku main dengan diaorang, kawann kat sana tu. Tak tahu la korang rasa macam mana nanti.

Hm, cukup lah ni rasanya. Kalau ada apa apa lagi nanti aku add on kat lain entry. InshaAllah Allah permudahkan. Sayangg korang! :*


0 Comments:

Post a Comment