Angan-angan?
Sunday, 16 November 2014 @ 06:18


Assalamualaikum \o/

Entry harini, angan angan? Aku akan cerita tentang future view aku. At least, aku ada harapan nak future aku macam mana. Aku akan pastikan semuanya bukan setakat angan angan mat jenin, heol.

So aku tinggal dua hari lagi sebelum gelaran pelajar tingkatan 3 di smk taman nusa damai tamat, yang bermaksud sebelum cuti penggal kedua dan aku akan jadi pelajar tingkatan 4 tak lama lagi. Course? Aku dah bertekad yang aku akan lupakan kolej vokasional dan aku akan teruskan kejar cita cita aku sejak aku berada di zaman kanak kanak lagi. Aku akan jadi doktor. Bila dah naik pangkat dan kaya dan aku dah tak jadi doktor yang terlampau busy, aku akan lancarkan impian aku. Aku akan buka kedai. Atau lebih tepat lagi, aku akan buka cafe. Meh lah datang nanti, ya?

Impian aku bertujuan untuk hapuskan starbuck dalam rona kehidupan rakyat malaysia. Support orang Islam. Tapi aku tak buka doplohpat jam. Heol. Dan nanti aku akan buka cawangan serata malaysia. Yes! Walaupun mungkin masatu aku dah berenti jadi doktor. Heol again. Sebab side ambition aku, chef. Haha tapi kan kalau buka cafe bukan jadi barista ke? Nanti aku hire xiumin. /o/ Kalau takpun nanti aku buka kedai bakery dan boleh order coffee, there or take away.

Haha. Akan aku pastikan cita cita dan impian aku tertunai, in sha Allah!


Bye~ :*


0 Comments:

Post a Comment