Haru.
Tuesday, 3 December 2013 @ 20:50



Assalamualaikum.

Cuti sekolah aku dah masuk hari yang ke 18. Cikgu kata cuti sekolah tahun ni ada 50 hari. So aku cuma ada lagi 32 hari sebelum aku jadi form 3. Tapi ergh tapi... tak sure lah sekolah naik bila sebab tahun depan, 2014 Johor dah tukar cuti Sabtu Ahad kepada cuti Jumaat Sabtu. Menurut kertas biru yang aku dapat last day sekolah hari tu, aku naik 3hb Januari bersamaan hari Khamis. Kalau jumaat cuti, baik takpayah naik hari khamis tu lol baik teruskan je cuti. 5hb nanti baru naik sekolah. ㅋㅋㅋ

Haa, cakap pasal sekolah ya aku admit aku agak gementar sebab aku risau kalau kalau aku terpisah dengan kawan kawan aku nooooooooooooooooooooooooooooooo. Lol

------------------------------------------------------------------------

Oh. Kebelakangan ni dunia aku sebagai seorang peminat hiburan korean pop rasanya amatlah bercelaru. Bingung. Banyak sangat perkara yang berlaku. Syarikat A release album. Syarikat B release jugak dengan tema yang sama. Tapi orang tetap teruja. Bila tiba tiba Syarikat C pun release album dengan tema yang sama, barulah ramai manusia menunjukkan rasa tidak puas hati. Oh ini sungguh tidak adil =..=    scandal scandal bangang lagi menambahkan kecelaruan yang tersedia ada

Abaikan.

Timeline aku.... semakin hari semakin termatlah membosankan dan menyerabutkan kepala otak aku. Aku menyampah. Tapi tak mengapa, aku boleh log out. Nak unfollow, nanti orang mengata. Hang tak kenal aku, lagi baik hang diam. Geez.

Abaikan.

Instagram... Akhir akhir ni aku semakin tertarik dengan insta. Yes walaupun aku bukanlah seseorang yang suka mendekatkan diri dengan bidang photography dan kamera. Aku tak macam myungsoo. Tapi... erghh aku memang amatlah agak bodoh insta. Aku tak tahu nak edit profile pic. Aku tak tahu nak upload gambar. Aku tak tahu nak delete gambar. Aku dah puas tekan apa apa sahaja button di insta tapi tetap tak membungakan hasil langsung. Handphone aku tak canggih. Bukan android. Handphone aku takde candy crush dengan temple run.

Abaikan.

 

Adios. Assalamualaikum.


0 Comments:

Post a Comment