Perasan
Wednesday, 21 August 2013 @ 11:32


Aku annoyed.


Setiap kali aku berdekatan dengan seorang hamba Allah yang tinggi berukuran lebih kurang dengan aku, mesti ada suara suara sumbang daripada kawan sebelah dia memyumbangkan suaranya ke telinga hamba Allah tersebut lalu hamba Allah tu pun pandang aku. Tak kiralah kat mana lokasi aku yang berdekatan dengan dia. Depan, tepi kiri, tepi kanan, belakang , atas ataupun bawah, kawan kat sebelah dia tu memang sure sure sumbangkan suara dia membisikkan ayat yang memberitahu lokasi aku di mana.

Perlu ke?


Menyampah tahu?

Kat mana pun aku berada, lantak kaki aku lah nak berpijak di mana mana. Buka sekolah keturunan kau pun. Tak perlulah nak pandang pandang aku. Kalau pandang aku dengan senyuman takpe lah juga, ni sekilas aje kau pandang aku. Tak senyum langsung.

Weh aku tak heran dan tak kesah dan taknak ambil peduli langsung hati kau suka kat dia ke syok kat dia ke, lantak kau. Yang penting tolonglah jangan pandang pandang aku lagi setiap kali aku around kau. Rimas. Aku syok syok cakap dengan kawan aku, pastu kau pusing pandang aku, terus terhenti percakapan aku.


Normal lah kan? Bila kita tengah cakap, tiba tiba ada orang pandang, spontan apa benda yang kita nak cakap tu terhenti. Tak suka lah. Nanti apa benda yang aku nak cakap tu aku lupa -.-

Haih.

Nak cakap aku perasan? Ye lah, memang aku perasan pun yang dia pandang aku. Sebab apa? Sebab lepas aje kawan kat sebelah dia tu pusing pandang aku, dia bisik kat hamba Allah tu, then hamba Allah tu pun pusing pandang aku. Pfft. Aku comel sangat kut.


Tsk.


0 Comments:

Post a Comment