130808
Thursday, 8 August 2013 @ 06:54


Aku mimpi Myungsoo masuk Islam. Aku mimpi Myungsoo solat. Aku mimpi Myungsoo pakai baju melayu warana biru gelap dan bersongkok sedang menangis tiada bunyi ketika solat di dalam sebuah masjid yang sungguh besar dan tersegam indah. Dia sujud. Dia bangun. Dia rukuk. Dia sujud semula dengan mata yang berair. Muka Myungsoo ;_____; sungguh syahdu. Terasa nak ikut menangis sekali bila tengok muka dia tu ;____; Aku rasa masjid tu bukan di Korea / Malaysia sebab ramai mat saleh. Hmm ataupun itu di Korea / Malaysia dan dikujungi ribuan mat saleh? I don't know.

Ya Allah, apa maksud mimpiku ini? Adakah ini hanyalah permainan syaitonirrajim yang baru engkau lepaskan setelah sebulan diikat atau mungkin kerana aku terlalu merinduinya ataupun mimpiku ini adalah benar benar belaka? Kim Myungsoo yang aku minati akan memeluk Islam? Ya Allah, sekiranya mimpi ini adalah benar, maka kau berikanlah hidayah secara berterusan kepadanya dan teruslah memimpinnya ke jalan kebenaranMu, ya Allah ;___; Sesungguhnya kaulah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani,
. AMIN YA RABBAL ALAMIN .

Aku sebenarnya bermimpi di dalam sebuah mimpi. Like 2 in 1 ? No idea. Kuasa Tuhan. Aku mimpi Myungsoo solat apa itu semua semasa aku tidur. Aku mimpi aku cuma tengok gambar gambar Myungsoo di internet. Tapi. Tapi. Tapi video yang masih berada di dalam kepala hotak aku ni sangat real, seolah-olah aku berada di mana Myungsoo berada. Aku berada bersama samanya. Dalam mimpi, setelah aku bangun daripada tidur yang ada mimpi, aku beritahu kakak aku dengan rasa sangat bercampur baur. Ragu ragu tetapi gembira. Ya, memang seharusnya gembira itu lebih. Tetapi yang agak malangnya, dia tak percaya ;___;

Zasss!~ Aku terjaga. Nak solat raya kata mama. Mimpi ni ada sambungan? Jika ada, aku sangat berharap aku dapat sambungannya. Tetapi jika tiada sambungan, hmm redha je lah.

SELAMAT HARI RAYA


0 Comments:

Post a Comment