Tagged Season II
Wednesday, 29 May 2013 @ 12:18



Hi. Assalamualaikum. Selamat Pagi~

I'm tagged again~^^ Aku nak straight to the point. Sila abaikan gif comel di atas. Hohohoh. Okey, hari ni aku nak jawab Soalan soalan cepugangsa daripada kak nisa. Lol. Cepugangsa? Seriously? kay ignore it.

Memandangkan aku dah pernah buat game (?) ni dengan penuh berhemah, mematuhi segala rules yang terkandung, so kali ni aku jawab terus aje lah. Hiokkk hiokkk~

Oh oh oh, sebelum tu, jom pergi sini . Hohohohoh. Comelssss to the max gif inpiniteuuu~ uuu i like it like it like it~ xDD

1. antara nombor 0-9 nombor ape yg awak suka? kenapa?
- no 8. 8 melambangkan simbol infinite. Tapi bila difikirkan semula, aku suka nombor 7, sebab member infinite ada tujuh orang. Tapi, nombor 8 merupakan nombor kesukaan family aku. Maksud? Alamat rumah : no 28, jalan xxxxxxx 8, tmn blablablablabla. Flat kereta ayah, mama : 3883. Lol. Okey, confirmed. No, 8. Sebab? Nombor lapan comel, bulat atas, bulat bawah //panjangnya jawapan =.=

2. kalau awak menang duit RM1juta ,apa awak akan buat dengan duit tu?
- Aku dah pernah jawab soalan cenggini. So, aku copy paste aje lahh ; - pertama; bagi 1/4 daripada duit tu dekat mak ayah. kedua; hadiahkan separuh daripada 1/4 yang lain untuk myungsoo (beli baju or anything). ketiga; 1/4 yang lain untuk melancong ke korea dan jumpa cinta hatikuuuu iaitu infinite. keempat; 1/4 lagi buat beli apa apa yang aku nak. kelima; separuh lagi daripada 1/4 yang dihadiahkan kepada myungsoo disimpan dalam bank. Ekceli, jawapan ni kepada soalan yang berbunyi ; 5 Perkara yang awak buat kalau dapat RM 1 juta cash.

3. dalam Running Man, pelari yg mana yg awak paling suka? kenapa? 
- Lee Kwangsoo. Sebab, dia comel. Hiuuuu hiuuuuu~

4. Kdrama mana yg paling awak suka? ceritakan part yg paling memberi kesan dan awak ingat sampai sekarang
- kdrama? Err, soalan ni susah ekceli. Sebab  aku bukan kaki tengok drama, lagi lagi drama korea. Well, dekat rumah takde astro //ada internet yang menyalurkan kepada maduu.com & youtube pun tak selalu singgah. So, biasanya aku cuma tengok drama drama melayu je //itupun selalu skip episode, tak pun kmovie dekat slot Saranghae di tv9 dekattttttt di hati tu =.=" Kmovie aku paling minat ; 'More Than Blue'. Sedih gila cerita ni. Aku tak boleh nak ceritakan, nanti aku nangis. ;____;

5. bila kali terakhir awak menangis? sebab?
- Hmm, tadi. Sebelum mula menaip untuk entry ni, aku cari gif untuk diletakkan dekat atas tu supaya nampak comel sikit entry aku, tapi ntah macam mana, aku sesat dekat youtube. Aku tengok video en. kim myungsoo. Aku tak tahu ekceli kenapa aku boleh nangis sedangkan video tu cuma tunjuk moment moment comel beliau je. Tapi aku nangis. Entahlah, syahdu kot memandangkan aku rindu dia sekarang. //aku tak tahu kenapa aku rindu beliau ;____;

6. pekerjaan suami awak yg awak idamkan?
- business  man, yang ada syarikat sendiri. //kalau boleh nak spesies macam Hilman Yong dalam novel Awak Suka Saya Tak? hasil buah fikiran Melur Jelita, publisher: Karya Seni. Sumpah aku gila Hilman Yong dalam novel tu. Aku sayang novel tu.

7. bila hari lahir awak? hadiah yg awak teringin sangat dapat?
- 15 November //sila wish ye nanti? Hiokkk hiokkk~ Hadiah yang aku teringin  sangat... Hmm, bilik sendiri, yang takde orang boleh kacau segala benda yang ada di dalamnya //kecuali lampu dan kipas, kot kot terbakar lampu tu aku mana reti tukar dan kipas kalau dah berhabuk sangat, aku mintak lah tolong mak aku. heol heol jahatnya aku =.=" Oh, bilik aku tu kena besar, sebab aku teringin dalam tu ada perpustakaan mini macam dalam antalogi Di Sebalik Wajah yang aku belajar tahun ni. Doktor Fikri~~~ Eh, lagi satu benda, novel bergunung yang aku dah listkan dalam phone aku yang comel berwallpaperkan gambar 'beliau', tinggal tunggu duit jatuh dari kayangan je ni.

8. movie dipanggung yg paling best yg awak teringin nak tengok or dah tengok?
 - movie di panggung? aaa wayeeee? Aku bukan kaki tengok movie kat panggung sebab family memang takde masa untuk pergi situ, baik kitaorang pergi bercuti, meriah sikit daripada dalam panggung, kena diam. Tak syok -_- Tapi yang latest, aku tengok Iron Man 3, 3D punya~ best lah jugak //sebab aku berangan beliau ada di samping aku. nak nak bila aku pakai spec tu dan tiba tiba perasaan nak control macho macam beliau datang (terbayang INFINITE : SIE 3D)

9. makanan apakah yg awak tak suka dan tak pernah rasa makanan tu sebab awak tak suka?
 - jengkol, petai, ulam macam ulam raja, pastu yang ada perkataan botol tu, apa benda ntah =.= dan makanan yang aku tengok kelihatan aneh dan tak menarik perhatian aku, maksud; presentation sesuatu hidangan tu. Tapi kalau mak aku masak, inshaAllah aku makan sebab aku tak sanggup tak makan. Penat mak aku buat. Sobs

10. impian jangka masa pendek awak ape?
 - aaa.  Tak tahulah. Banyak sebenarnya. Hmm... Oh, nak JDT masuk final untuk Piala FA ni lepastu menang lawan Kelantan. Hohohohohohoh. Jangan marah eaaaa?

11. pukul berapa awak tidur bila cuti panjang dah start ni?
 - Tiada specific time. Bila aku rasa ngantuk, aku tidur. Bila aku tak rasa ngantuk, aku tak tidur lah.


Okay. Done menjawab. Oh, kak nisa, sorry eaaa sebab guna aku. Lol. Agak awkward lah nas nak tulis nas nas nas nas nas nas nas berbanding tulis aku. Sorry~ Sorry~ Nah, nas bagi en. woohyun sawit. Kekekeke~



0 Comments:

Post a Comment