PMR result.
Wednesday, 19 December 2012 @ 12:39



Assalamualaikum^^

Okay, sebagaimana yang korang sedia maklum.. Hari ni keputusan Penilaian Menengah Rendah atau lebih famous sebagai PMR dah diumumkan. Homaigod. Serious aku takut dengan keputusan kakak aku. Sebab tadi dia prank kita orang yang ada kat rumah ni. Yang ada kat rumah aku, abang aku ngan Hakim.

Dia telefon abang aku pastu cakap Math dia teruk. Kita orang ni dah macam hape risau gila kot. Tapi, redha je lah. Sebab keputusan dah pun keluar. Dia cakap dia 6A je. Okay, mula mula aku dengar apa yang abang aku ulang tu, serious rasa hampa mula bertandang ke jiwa, hati dan raga. /hiperbola konon [ _ _ "]

Pastu masa dia dah balik, dia teruskan lakonan dia yang aku rasa asdfghjklmnbvcxz kurang ajar gila tu. Mula mula, abang aku pergi kat dia. Pastu abang aku tanya ah apahal Math cenggitu an? Well, abang aku yang ajar dia Math sebelum exam tu. Dengan penuh kehampaan, dia pun bagilah slip yang Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi tu.

Tettttttt. Terus kakak aku ketawa berdekah dekah. Dah macam konsert terkinja kinja aku tengok. Rupa rupanya dia dapat Straight A's (8A) dengan 5 subjek CEMERLANG. Abang aku dah buat muka speechless gila. Lol. Sumpah lawak muka dia. Pastu tetiba Hakim cakap;
Abang, kita dah kena tipu.

Lol. Masa ni aku gelak. *kay, tipu. Aku tak gelak pun sebenarnya. Abang aku sendiri cakap aku tak reti gelak sebab aku cuma senyum je* [ _ _ "] Ahh, whatever lah. Yang penting aku bersyukur gila sebab time aku nanti dah takde PMR sebab aku takut tak dapat challenge akak aku dia dapat straight A. Lol. Terror gila dia doe.


Okay, aku bawak sekali Inpiniteu untuk bertepuk tangan dengan keputusan membanggakan akak aku tu. Dah, bye~


0 Comments:

Post a Comment