Penguiη Soo ∞
Thursday, 19 July 2012 @ 10:56



Assalamualaikum.

Hari ni nas nak cerita serba sedikit pasal life kat sekolah. Best woo~ Ramai dah tahu pasal budak Qova tu. Maaf, dia bukan crush saya. Saya tak pernah couple dengan dia so macam mana saya pernah break up dengan dia? Sebab, saya ni budak baik. #HARAPMAKLUM

Btw, thanks laa dekat Qova ni. Sebab dia yang bagi saya nickname PENGUIN tu. Sekarang dah semakin meningkat orang panggil saya penguin. Lolololol. Saya tak kesah orang panggil saya penguin sebab penguin tu comel di mata saya. Tak ke gitu? Trolololol. Eh, kenapa saya guna saya saya ni? Geli siakk. Pui. Tapi jangan salah faham, nas tak guna saya-awak bila mesej qova.

Hmm, Tapi tak semua pasal dekat sekolah ni best. Pemakaian unit beruniform. Peraturan utk kami, budak budak sesi petang teramatlah ketat. Budak budak sesi pagi kami tengok selamba badak dorang je pakai tudung bawal, ada batu batu, seluar slack, tracksuit selain daripada tracksuit sekolah. Mereka seolah olah melebihkan pelajar pelajar di sesi pagi. Dan saya membangkang !

Kitorang kena pakai tracksuit sekolah, kalau pakai t-shirt kena pakai tudung sekolah, kasut tak boleh ada tiga line berwarna-warni, tudung bwal tak boleh, seluar slack tak boleh. Aigoo~ rasa macam nak pindah masuk sesi pagi je tahun depan. Trolololol. 

Takpe, kita tengok je apa lagi pihak sekolah tu nak mempeketatkan peraturan. Apa lepas ni akan ada penyeragaman beg sekolah? Atau penyeragaman jam tangan? Atau penyeragaman kasut sekolah? Atau mereka akan cipta beg sekolah persendirian? Atau jam tangan persendirian? Atau kasut sekolah persendirian? Ahh~ pening dah fikir pasal menatang ni. *flips everything*

Ppyong~


0 Comments:

Post a Comment