Hari Diskusi + Sukaneka ~
Wednesday, 20 June 2012 @ 09:48



Assalamualaikum. Hallo halluu.

Kat sekolah nas ada Hari Terbuka dan Hari Sukaneka. Hari Terbuka tu sabtu ni. Sepatutnya, budak2 form1 tak perlu ada hari diskusi sebegini sebab kami tiada exam. Yang kami ada cuma pbs. Tapi bila difikirkan lagi, bagus juga ada perjumpaan ibu bapa dgn guru kelas ni sbb ibu bapa sekarang tak paham apa itu PBS. 

Hari Sukaneka tu lak sabtu depan. //yeah. tak pegi daja khas lagi. Seperti biasa, tiada acara yang melibatkan nas. Nas cuma masuk perbarisan dan tidak semena-mena nas digelar Budak Kawad oleh kawan nas tu. Ha, begitu menyakitkan hati. First time lo nas masuk acara perbarisan time hari sukan ni. Whatever lha, yang lebih penting sekarang ialah, nanti muka nas ni menjadi semakin gelap. Itulah perkara yang tidak disukai saya. Lol. Ayat baku.

<

Daripada nak datang hari Sabtu macam tu, lebih tidur macam si Myung ni. comel pule tengok beliau. Dia tahan ketawa kah? Back to the entry, sebenarnya mak nas ada belajar nak buat kek lapis hari sabtu ni. Kelas tu start pukul 10.00 pagi. Tapi tak kan lah pukul 10 start, pukul 10 baru nak pegi? Ayoo~ nanti hari sabtu ni nak kena pegi sekolah cepat lah gamaknya. Dah lah dua kelas nak kena singgah, kelas kakak nas sekali. Tapi tak pe, 1 nilam dgn 3 firuz dekat je.

Cuma, takut cikgu Korea tu cakap pelik2 pasal nas kat mak ayah nas je. Lol. Cikgu korea tu cikgu zaid, guru kelas nas. Dia tu bajet, siket2 cakap dia orang korea, orang korea. Maklumlah, muka dia tu putih.

Mintak-mintak, keputusan pbs nas tu capai band6 utk math. Yg lain tu, band sampai band berapa yg dah buat lah.

//myung orang korea betul. tak fake.


0 Comments:

Post a Comment